Pesakit Buasir Rawatan Laser

Pesakit Buasir Rawatan Laser

Pesakit Buasir Rawatan Laser

Haemorrhoids Can Be Spotted with 2 Simple Steps!

Haemorrhoids Can Be Spotted with 2 Simple Steps!

Menurut 𝐃𝐫. 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐑𝐮𝐬𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧, Pakar Pembedahan Am, Rawatan Laser sesuai dilakukan untuk tahap yang tinggi seperti Tahap 3 dan Tahap 4. Laser mengecutkan buasir dari dalaman melalui pembekuan haba tanpa mencederakan otot sphincter dalaman.

Buasir adalah salah satu topik kesihatan yang seringkali terjadi kepada kebanyakkan masyarakat khususnya di negara kita. Golongan-golongan yang risiko terjadi buasir adalah golongan yang mengalami masalah membuang air besar (sembelit), proses kehamilan, tabiat pemakanan yang tidak sihat, tabiat tandas yang buruk dan gaya hidup yang tidak sihat.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana Laser berfungsi pada tahap buasir ketiga dan keempat.

Pesakit Buasir Rawatan Laser​

Pesakit Buasir Rawatan Laser​

Pesakit Buasir Rawatan Laser​

Pesakit Buasir Rawatan Laser​

Pesakit Buasir Rawatan Laser​

Pesakit Buasir Rawatan Laser​

WSM Medic

𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐁𝐮𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐬𝐞𝐫

Satu “rahsia” yang menyakitkan… Buasir merupakan satu topik yang segan untuk dibincangkan, sama ada dengan rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Video ini menceritakan kisah Fatin, yang mengalami masalah buasir, dan proses perjalanannya untuk merawat penyakit buasir tersebut. Pada mulanya, Fatin mengalami kesakitan semasa membuang air besar, beliau ingatkan itu adalah masalah kecil yang mungkin disebabkan oleh sembelit. Tetapi, keadaan tersebut menjadi semakin teruk sampai ternampak najis berdarah. Beliau sedar itu bukan satu kejadian yang biasa. Beliau bertindak berani dengan membincang topik yang “segan” ini dengan rakan baiknya, Aliya. Akhirnya, meraka bertindak sewajarnya untuk mendapatkan nasihat daripada doktor pakar di Hospital untuk merawat penyakit Buasir.

Dalam video ini, 𝐃𝐫. 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐮𝐥 𝐈𝐳𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐆𝐡𝐚𝐧𝐢, Pakar Bedah Am dari Hospital Columbia Asia – Petaling Jaya akan menerangkan secara terperinci mengenai topik Buasir – yang sering merupakan “rahsia” ataupun topik “segan” untuk dibincang. Di sini, anda boleh lihat contoh bagaimana dan cara-cara doktor pakar berunding dan berbincang dengan pesakit. Anda tidak payah rasa risau atau gementar ketika berjumpa dengan doktor pakar secara langsung.

Watak Fatin merupakan contoh seorang yang berani menghadapi keseganan demi kesihatan sendiri. Beliau mengambil tindakan yang wajar untuk berjumpa doktor supaya merawat penyakitnya dan tidak menyimpankan sebagai satu “rahsia”. Watak Aliya adalah seorang insan yang baik hati, sedia menawarkan nasihat dan membantu kawan pada waktu yang diperlukan,

Video ini adalah satu projek kerjasama dengan Hospital Columbia Asia – Petaling Jaya.