WSM Medic

hamil rawatan buasir laser

hamil rawatan buasir laser

hamil rawatan buasir laser

Haemorrhoids Can Be Spotted with 2 Simple Steps!

Haemorrhoids Can Be Spotted with 2 Simple Steps!

Ibu hamil, adakah anda mengalami pengalaman yang sama seperti Mahirah? Tenang, anda tidak bersendirian. Buasir adalah penyakit yang lazim berlaku, terutamanya wanita-wanita hamil lebih banyak berisiko mendapat buasir.

Bersamalah kita mendengar, Mahirah berkongsi pengalaman sendiri, antara gejala-gejala seperti berikut:

  • Rasa tidak selesa
  • Rasa gatal-gatal di sekeliling dubur
  • Darah merah terang selepas membuang air besar
  • Rasa sakit ketika membuang air besar dan semasa duduk
  • Merasa satu bonjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur

Pada mulanya, mungkin hanya rasa gatal dan sakit. Jika tidak dirawat, ia boleh menjadi kronic sampai berlaku pendarahan ketika membuang air besar. Buasir yang terkeluar dari dubur boleh menyebabkan kesakitan, atau sukar untuk duduk dalam posisi yang betul, andainya ia tersepit.

Pengubahsuaian diet dan gaya hidup ibu hamil seperti pengambilan makanan kaya serat, minum air yang banyak, kurangkan makanan berlemak, kerap bersenam, menjaga kesihatan dubur, kurangkan meneran dan mencegah sembelit adalah antara cara-cara untuk mencegah buasir ketika kehamilan.

Secara umumnya, pengambilan serat adalah satu kaedah rawatan yang selamat dan berkesan. Lebihkan pengambilan serat dalam makanan anda, misalnya buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin boleh menbantu proses pembuangan air besar lancar.

Serat akan melembutkan dan miningkatkan saiz najis serta mengurangkan kebarangkalian pesakit meneran ketika membuang air besar. Keadaan ini seterusnya dapat mengurangkan tekanan pada dubur dan kejadian buasir dapat dikurangkan.

Jangan pandang ringan jika berlaku sembelit, atau rasa kesakitan dan pendarahan ketika pembuangan air besar. Bincanglah dengan doktor bagaimana boleh mengurangkan gejala-gejalanya.

Meneran lama-lama bila duduk di tandas ialah antara satu sebab meyebabkan buasir lebih melarat. Terlalu banyak tekanan untuk mendorong najis keluar tidak baik untuk bayi anda.

๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐๐š๐ซ๐ข: ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐ข ๐“๐•๐Ÿ‘

hamil rawatan buasir laser
hamil rawatan buasir laser
hamil rawatan buasir laser

[๐๐ฎ๐š๐ฌ๐ข๐ซ] ๐“๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฆ๐จ๐ง๐ข ๐๐ž๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ – ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ˆ๐›๐ฎ ๐‡๐š๐ฆ๐ข๐ฅ ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐š๐ข ๐‘๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐‹๐š๐ฌ๐ž๐ซ โ€“ ๐๐š๐ซ๐ญ ๐Ÿ

Masalah buasir Mahirah menjadi ketara semasa kehamilan kedua, beliau mengalami kesakitan yang teruk.

Semasa hamil, saluran darah di dalam badan akan bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormone juga berubah.

Buasir sering berlaku terutamanya semasa hamil akibat daripada tekanan berat bayi anda. Inilah juga antara sebab-sebabnya mengapa anda lebih berisiko mengalami buasir dan urat simpul ketika hamil.

Benjolan kecil yang lembut kadang-kadang boleh dirasa, kadang-kadang ia terasa gatal atau sakit.

Perkembangan buasir juga boleh disebabkan oleh peningkatan tekanan intra-perut semasa kehamilan ataupun apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk melahirkan bayi. Kerana tekanan yang kuat, ia boleh menjadi lebih serius. Wanita yang pernah melahirkan anak berkali-kali mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap buasir.

Jangan risau! Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin. Sekiranya buasir tidak sembuh, selalunya doctor akan mencadangkan pengambilan ubat. Jika gejala-gejala buasir masih kekal, cara pembedahan mungkin dicadangkan.

Bincanglah dengan doktor anda mengenai cara-cara rawatan yang sedia ada, kerana buasir yang membesar mungkin mempengaruhi ibu hamil jika dibiarkan tanpa rawatan.

Mahirah telah pilih cara rawatan โ€œLaserโ€ berbanding dengan cara โ€œrubber bandingโ€ sebab manfaat-manfaat Teknologi Baru Laser yang menpunyai risiko rendah dan minimum Invasif selepas mendapatkan nasihat dari doktor.

Sila rujuk pada pautan bagaimana kehamilan menyebabkan buasir (dalam Bahasa English):

https://www.facebook.com/110492157069895/posts/303174677801641/ย 

๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐๐š๐ซ๐ข: ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐ข ๐“๐•๐Ÿ‘

Testimoni Pesakit: Gejala-gejala buasir dan pengalaman seorang ibu hamil (Part 1)

Testimoni Pesakit: Rawatan laser untuk buasir tidak sakit & risiko berulang kurang (Part 3)

Testimoni Pesakit: Nasihat daripada pesakit selepas rawatan laser untuk buasir (Part 4)