WSM Medic
Apakah Jenis dan Tahap Buasir Saya?
Kebanyakkan kita terasa keliru dengan jenis buasir yang wujud: Jenis Buasir dalaman, buasir luaran, Gred 1, Gred 2, Gred 3 atau Gred 4.
ย
Cara yang paling mudah untuk membezakan jenis buasir adalah mambahagikan kepada dua jenis, iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. ๐๐ฎ๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ง terbentuk di atas garisan dubur (dentate line); buasir yang terbentuk di bawah garisan dubur pula dikenali sebagai ๐๐ฎ๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐๐ง. Buasir yang dapat dilihat secara dari luar tidak semestinya adalah buasir luaran kerana setiap individu mempunyai kedudukan garisan dubur yang berbeza.
ย
Pada umumnya, buasir boleh dibahagikan lagi kepada 4 gred, bergantung kepada keterukan penyakit itu. Pada dasarnya, kita tidak dapat melihat ๐๐ฎ๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐ซ๐๐ ๐, ia tidak terkeluar dari dubur. Kadang-kadang, terdapat darah di atas kertas tandas atau mangkuk tandas dan pendarahan berhenti setelah habis membuang air besar (meneran).
Buasir yang bertahap ๐๐ซ๐๐ ๐ akan menonjol keluar semasa membuang air besar, selepas itu, ia akan masuk balik semula secara spontan. Buasir di tahap ๐๐ซ๐๐ ๐ hampir-hampir sama dengan Gred 2, buasir akan menonjol keluar semasa membuang air besar, tetapi ia perlu dimasukkan balik semula ke dalam dubur secara manual (dengan menggunakan jari). Ini adalah jenis-jenis dan Gred (tahap) buasir yang wujud, bergantung kepada keterukan penyakit tersebut.
ย
Buasir ๐๐ซ๐๐ ๐ selalunya terkeluar sepanjang masa, dan tidak dapat dimasukkan semula ke dalam dubur walaupun ditolak secara manual.
ย
Kadang-kadang anda mungkin pernah dengar mengenai ๐๐ฎ๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐ฃ๐๐ง๐ข๐ฌ ๐ ๐๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ง ๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐๐ง, ia kerap juga terjadi dimana tumbuhan buasir dalaman dan buasir luaran begabung sekali di dubur.
ย
Hubungilah kami, sekiranya anda masih ada soalan atau kurang pasti mengenai jenis-jenis buasir.