Berak berdarah
“Dah 3 hari berak berdarah, takut, sampai tak tahu nak buat apa… Boleh jadi kanser ke ya?”
Ada yang sudah 3 hari berak berdarah, ada juga antara anda yang sudah lama berak berdarah dan anda cuba menghindarkan sakit tersebut. Tak lama kemudian, dubur anda menjadi sakit dan sukar untuk anda berjalan atau bergerak. Anda cuba cari melalui ‘Google’ dan anda mendapati terdapat pelbagai punca berak berdarah. Anda mula panik, terutamanya apabila anda ternampak perkataan kanser.
Buasir atau Kanser?
Macam mana untuk saya bezakan darah buasir atau kanser?
Kedua-dua buasir dan kanser kolorektal boleh menyebabkan pendarahan rektum. Ia mungkin diperhatikan apabila anda sedang bersihkan dengan menggunakan tisu atau di dalam najis anda selepas membuang air besar.
1. Buasir
- Gatal pada Kawasan dubur
- bengkak akibat peningkatan tekanan dan/atau sembelit/cirit-birit
- pendarahan yang tidak menyakitkan
- Ketulan di luar/dalam dubur
2. Kanser kolorektal
- Penurunan berat badan secara mendadak
- Usus tersumbat
- Anemia
"𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐛𝐮𝐚𝐬𝐢𝐫, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧"
Anda cuba untuk makan ubat, akan tetapi kondisi anda masih tetap sama. Duduk pun sakit, jalan pun sakit, sampai anda tak boleh buat apa apa…
Jadi anda buat keputusan untuk dapatkan rawatan buasir kerana anda dah tak tahan dengan sakit tersebut! Tetapi apabila difikirkan tentang pembedahan buang buasir yang akan dilakukan nanti, anda menjadi risau, cemas dan ketakutan. Anda mula baca beberapa artikel dan risalah tentang rawatan buasir dan mendapati terdapat pelbagai kaedah / pilihan rawatan untuk merawat buasir anda.
Ia termasuk:
- Kaedah LASER Haemorrhoid (Buasir)
- Kaedah Rubber Banding
- Kaedah Stapler
𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐋𝐀𝐒𝐄𝐑 𝐛𝐮𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧.
Jangan risau kerana kelebihan rawatan LASER ialah:
Tiada potongan & Tiada luka terbuka
Risiko komplikasi yang rendah
** tiada potongan, oleh itu tidak akan berlaku sebarang kecederaan otot yang membawa kepada inkontinens (kesempitan dubur). Juga tiada tisu dikeluarkan, jadi tidak ada penyempitan saluran dubur.
Masa rawatan yang singkat
Boleh pulang pada hari yang sama atau keesokan harinya
Mengambil masa yang singkat untuk sembuh berbanding kaedah lain
Rawatan yang paling kurang sakit
Jangan panik sekiranya anda terlihat darah sewaktu atau selepas anda membuang air besar. Hubungi kami di talian +603 7887 6673 atau WhatsApp kami di +6012 566 8377 untuk kami bantu anda.