rawatan buasir dengan laser
rawatan buasir dengan laser
rawatan buasir dengan laser
Haemorrhoids Can Be Spotted with 2 Simple Steps!
Haemorrhoids Can Be Spotted with 2 Simple Steps!
WSM Medic
Buasir Ketika Hamil: Ibu Hamil Mengenai Rawatan Buasir Dengan Laser
Ibu hamil, adakah anda mengalami pengalaman yang sama seperti Mahirah? Tenang, anda tidak bersendirian. Buasir adalah penyakit yang lazim berlaku, terutamanya wanita-wanita hamil lebih banyak berisiko mendapat buasir.
Bersamalah kita mendengar, Mahirah berkongsi pengalaman sendiri, antara gejala-gejala buasir seperti berikut:
- Rasa tidak selesa
- Rasa gatal-gatal di sekeliling dubur
- Darah merah terang selepas membuang air besar
- Rasa sakit ketika membuang air besar dan semasa duduk
- Merasa satu bonjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur
Pada mulanya, mungkin hanya rasa gatal dan sakit. Jika tidak dirawat, ia boleh menjadi kronic sampai berlaku pendarahan ketika membuang air besar. Buasir yang terkeluar dari dubur boleh menyebabkan kesakitan, atau sukar untuk duduk dalam posisi yang betul, andainya ia tersepit.
Pengubahsuaian diet dan gaya hidup ibu hamil seperti pengambilan makanan kaya serat, minum air yang banyak, kurangkan makanan berlemak, kerap bersenam, menjaga kesihatan dubur, kurangkan meneran dan mencegah sembelit adalah antara cara-cara untuk mencegah buasir ketika kehamilan.
Secara umumnya, pengambilan serat adalah satu kaedah rawatan yang selamat dan berkesan. Lebihkan pengambilan serat dalam makanan anda, misalnya buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin boleh menbantu proses pembuangan air besar lancar. Serat juga akan melembutkan dan miningkatkan saiz najis serta mengurangkan kebarangkalian pesakit meneran ketika membuang air besar. Keadaan ini seterusnya dapat mengurangkan tekanan pada dubur dan kejadian buasir dapat dikurangkan.
Jangan pandang ringan jika berlaku sembelit, atau rasa kesakitan dan pendarahan ketika pembuangan air besar. Bincanglah dengan doktor bagaimana boleh mengurangkan gejala-gejalanya.
Meneran lama-lama bila duduk di tandas ialah antara satu sebab meyebabkan buasir lebih melarat. Terlalu banyak tekanan untuk mendorong najis keluar tidak baik untuk bayi anda.
Buasir sering berlaku terutamanya semasa hamil akibat daripada tekanan berat bayi anda. Masalah buasir Mahirah menjadi ketara semasa kehamilan kedua, beliau mengalami kesakitan yang teruk. Semasa hamil, saluran darah di dalam badan akan bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormone juga berubah.
Benjolan kecil yang lembut kadang-kadang boleh dirasa, kadang-kadang ia terasa gatal atau sakit. Perkembangan buasir juga boleh disebabkan oleh peningkatan tekanan intra-perut semasa kehamilan ataupun apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk melahirkan bayi. Kerana tekanan yang kuat, ia boleh menjadi lebih serius. Wanita yang pernah melahirkan anak berkali-kali mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap buasir.
Jangan risau! Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin. Sekiranya buasir tidak sembuh, selalunya doctor akan mencadangkan pengambilan ubat. Jika gejala-gejala buasir masih kekal, cara pembedahan mungkin dicadangkan. Bincanglah dengan doktor anda mengenai cara-cara rawatan yang sedia ada, kerana buasir yang membesar mungkin mempengaruhi ibu hamil jika dibiarkan tanpa rawatan.
Mahirah telah memilih cara rawatan “Laser” berbanding dengan cara “rubber banding” sebab manfaat-manfaat Teknologi Baru Laser yang menpunyai risiko berulang buasir yang rendah (low recurrence rate) dan minima invasif selepas dijelaskan oleh Pakar Bedah dari Pusat Perubahan Universiti of Malaya.
Selepas selesai rawatan Laser untuk Buasir, mula-mulanya Mahirah rasa takut untuk pergi ke tandas kerana bimbang mungkin mengalami kesakitan selepas pembedahan di kawasan dubur. Setelah beliau mencuba, barulah beliau sedar bahawa tidak merasa sakit langsung, walaupun sejurus selepas pembedahan. Katakannya, merasa selesa dan tidak sakit semasa membuang air besar.
Bagaimana Laser Merawat Buasir?
Rawatan Laser mengecutkan buasir dari dalam melalui pembekuan haba. Dengan hanya satu tusukan kecil (kurang daripada 2mm), haba disinarkan melalui fiber laser yang halus dan mengecut buasir tanpa mencederakan otot-otot sphincter dalaman.
Proses pemulihan selepas Rawatan Laser adalah sangat cepat memandangkan cuma satu luka yang kecil dibuat.
- Fiber laser dimasukkan ke dalam buasir (haemorrhoids/piles) melalui tusukan kecil.
- Dengan menggunakan tenaga laser, saluran darah kepada buasir tersebut tertutup dan buasir mengecut.
- Fibrosis akan berlaku di antara tisu buasir akan mengecutkan lagi buasir secara beransur-ansur.
Ketepatan laser (tanpa mencederakan tisu di sekitarnya), sifat penutupan salur darah yang berkesan serta tanpa pendarahan adalah key faktor-faktor utama mengapa Mahirah merasa selesa selepas Rawatan Buasir dengan kaedah Laser.
Walaupun masalah Buasir sudahpun selesai selapas menjalani Rawatan Laser, Mahirah masih ambil penting menjaga gaya hidup harian yang sihat seperti pengambilan air yang banyak, lebihkan makan buah-buahan, dan amalan diet serat yang seimbang.
Pesanan Mahirah kepada mereka yang mungkin mengalami masalah yang sama supaya tidak perlu rasa takut untuk berjumpa dengan doktor. Percayailah and dapatkan rawatan daripada doktor pakar, membuat pemeriksaan jika berlaku simptom-simptom buasir dengan Pasukan Pakar Perubatan, untuk mendapatkan yang terbaik untuk anda. Mahirah mengambil langkah-langkah yang bijak untuk diri sendiri dan juga orang kesayangannya.
Sumber dari: Wanita Hari Ini TV3