Skip to content

Jangan Malu Rawat Buasir! Teknologi moden & kurang menyakitkan – Webinar dengan Doktor Pakar AM

WSM Medic

Jangan Malu Rawat Buasir! Teknologi moden & kurang menyakitkan – Webinar dengan Doktor Pakar AM

Penyakit buasir adalah salah satu topik kesihatan yang seringkali terjadi kepada kebanyakkan masyarakat khususnya di negara kita. Kadang-kadang pesakit rasa malu untuk merawat buasir, tetapi nasihat daripada 𝐃𝐫. 𝐑𝐮𝐬𝐝𝐢 adalah jangan malu, rawat buasir sebelum ia menjadi kronik dan sukar diubat.
 
Ramai orang berpendapat bahawa buasir mestilah dirawat dengan pembedahan, jadi mereka tidak berjumpa doktor pada peringkat awal dan menyimpan buasir selama bertahun-tahun. Ketika buasir berkembang, gejala semakin teruk dan itulah masanya pesakit akan pergi jumpa doktor. Akhirnya kerana ia semakin teruk, doktor harus menjalani pembedahan untuk membuang buasir.
 
Sebenarnya, doktor akan merawat buasir secara konservatif. Perubahan gaya hidup adalah salah satu 𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐯𝐚𝐭𝐢𝐟 dimana pesakit buasir akan dinasihatkan untuk mengamalkan tabiat tandas yang baik (tidak duduk terlalu lama di tandas atau memain handphone di tandas), minum air yang cukup dan makan makanan yang tinggi serat. Ini adalah penting untuk melancarkan proses buang air besar, dan mengurangkan proses meneran dan sembelit.
 
𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐯𝐚𝐭𝐢𝐟 juga menggunakan ubat-ubatan untuk mengecutkan buasir tersebut ataupun melancarkan proses buang air besar dan menlembutkan najis.
 
Jika tidak berkesan selepas rawatan konservatif, kaedah rawatan buasir melalui pembedahan akan dinasihatkan. Pembedahan juga dikategorikan kepada beberapa, iaitu prosedur kecil (Rubber Band Ligation) dan pembedahan (Open Haemorrhoidectomy, Stapler Haemorrhoidopexy dan kaedah Laser.
 
Sebelum melakukan apa-apa pembedahan, ia adalah penting bagi pesakit buasir untuk memahami tentang rawatan tersebut, apakah risikonya dan apakah yang perlu diperhatikan/diharapkan selepas pembedahan.
 
Bagi 𝐫𝐮𝐛𝐛𝐞𝐫 𝐛𝐚𝐧𝐝 𝐥𝐢𝐠𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧, ia adalah sesuai untuk buasir pada peringkat rendah seperti Gred 1. Getah akan diikat dengan ligator pada pangkal buasir. Prosedur ini boleh dilakukan di klinik.
 
𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐞𝐦𝐨𝐫𝐫𝐡𝐨𝐢𝐝𝐞𝐜𝐭𝐨𝐦𝐲 menlibatkan tisu buasir dipotong dan dikeluarkan. Prosedur ini akan meninggalkan luka terbuka selepas pembedahan. Kaedah ini adalah semakin kurang dijalankan disebagaikan oleh pendarahan dan kesakitan yang kuat setelah pembedahan.
 
𝐒𝐭𝐚𝐩𝐥𝐞𝐫 𝐡𝐚𝐞𝐦𝐨𝐫𝐫𝐡𝐨𝐢𝐝𝐨𝐩𝐞𝐱𝐲 melibatkan pemotongan buasir secara bulatan. Bahagian rektum yang dilibat akan dicantum semula menggunakan stapler titanium yang kekal. Rawatan ini kadang-kadang boleh menyebabkan penyempitan rectum, oleh itu rawatan ini dinasihatkan untuk dilakukan oleh pakar yang berpengalaman.
 
𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐋𝐚𝐬𝐞𝐫 adalah rawatan terkini dan minimal invasif dimana tidak melibatkan pemotongan tisu rektum, buasir akan dikecutkan dari dalam dan anatomi yang asal akan dikekalkan. Satu tusukan yang kecil dibuat pada buasir, dan seterusnya fiber laser dimasukkan ke tengah tisu buasir. Fiber laser memancarkan tenaga secara bulatan 360, menghasilkan pembentukan zon-zon gumpal/beku yang efektif dan juga rata. Seterusnya, ia akan mengecutkan buasir secara beransur-ansur.
Tonton video ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai apa itu buasir, golongan-golongan yang berisiko, gejala buasir, bagaimana merawat buasir secara konservatif dan apakah pilihan rawatan lain.
 
Yang paling penting adalah terdapat beberapa soal jawab pada akhirnya termasuknya adakah rawatan laser sesuai untuk buasir terkeluar, bagaimana merawat buasir yang baru wujud dll.

Minimally Invasive

Non-cutting

Fast recovery

Day-care or short hospitalization

High satisfaction with low recurrence rate

© WSM MEDIC All rights reserved 2024