WSM Medic
Jangan Malu Rawat Buasir! Teknologi moden & kurang menyakitkan – Webinar dengan Doktor Pakar AM
Penyakit buasir adalah salah satu topik kesihatan yang seringkali terjadi kepada kebanyakkan masyarakat khususnya di negara kita. Kadang-kadang pesakit rasa malu untuk merawat buasir, tetapi nasihat daripada ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ข adalah jangan malu, rawat buasir sebelum ia menjadi kronik dan sukar diubat.
ย
Ramai orang berpendapat bahawa buasir mestilah dirawat dengan pembedahan, jadi mereka tidak berjumpa doktor pada peringkat awal dan menyimpan buasir selama bertahun-tahun. Ketika buasir berkembang, gejala semakin teruk dan itulah masanya pesakit akan pergi jumpa doktor. Akhirnya kerana ia semakin teruk, doktor harus menjalani pembedahan untuk membuang buasir.
ย
Sebenarnya, doktor akan merawat buasir secara konservatif. Perubahan gaya hidup adalah salah satu ๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐ค๐จ๐ง๐ฌ๐๐ซ๐ฏ๐๐ญ๐ข๐ dimana pesakit buasir akan dinasihatkan untuk mengamalkan tabiat tandas yang baik (tidak duduk terlalu lama di tandas atau memain handphone di tandas), minum air yang cukup dan makan makanan yang tinggi serat. Ini adalah penting untuk melancarkan proses buang air besar, dan mengurangkan proses meneran dan sembelit.
ย
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐ค๐จ๐ง๐ฌ๐๐ซ๐ฏ๐๐ญ๐ข๐ juga menggunakan ubat-ubatan untuk mengecutkan buasir tersebut ataupun melancarkan proses buang air besar dan menlembutkan najis.
ย
Jika tidak berkesan selepas rawatan konservatif, kaedah rawatan buasir melalui pembedahan akan dinasihatkan. Pembedahan juga dikategorikan kepada beberapa, iaitu prosedur kecil (Rubber Band Ligation) dan pembedahan (Open Haemorrhoidectomy, Stapler Haemorrhoidopexy dan kaedah Laser.
ย
Sebelum melakukan apa-apa pembedahan, ia adalah penting bagi pesakit buasir untuk memahami tentang rawatan tersebut, apakah risikonya dan apakah yang perlu diperhatikan/diharapkan selepas pembedahan.
ย
Bagi ๐ซ๐ฎ๐๐๐๐ซ ๐๐๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ ๐๐ญ๐ข๐จ๐ง, ia adalah sesuai untuk buasir pada peringkat rendah seperti Gred 1. Getah akan diikat dengan ligator pada pangkal buasir. Prosedur ini boleh dilakukan di klinik.
ย
๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก๐๐ง ๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐๐ฆ๐จ๐ซ๐ซ๐ก๐จ๐ข๐๐๐๐ญ๐จ๐ฆ๐ฒ menlibatkan tisu buasir dipotong dan dikeluarkan. Prosedur ini akan meninggalkan luka terbuka selepas pembedahan. Kaedah ini adalah semakin kurang dijalankan disebagaikan oleh pendarahan dan kesakitan yang kuat setelah pembedahan.
ย
๐๐ญ๐๐ฉ๐ฅ๐๐ซ ๐ก๐๐๐ฆ๐จ๐ซ๐ซ๐ก๐จ๐ข๐๐จ๐ฉ๐๐ฑ๐ฒ melibatkan pemotongan buasir secara bulatan. Bahagian rektum yang dilibat akan dicantum semula menggunakan stapler titanium yang kekal. Rawatan ini kadang-kadang boleh menyebabkan penyempitan rectum, oleh itu rawatan ini dinasihatkan untuk dilakukan oleh pakar yang berpengalaman.
ย
๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฌ๐๐ซ adalah rawatan terkini dan minimal invasif dimana tidak melibatkan pemotongan tisu rektum, buasir akan dikecutkan dari dalam dan anatomi yang asal akan dikekalkan. Satu tusukan yang kecil dibuat pada buasir, dan seterusnya fiber laser dimasukkan ke tengah tisu buasir. Fiber laser memancarkan tenaga secara bulatan 360, menghasilkan pembentukan zon-zon gumpal/beku yang efektif dan juga rata. Seterusnya, ia akan mengecutkan buasir secara beransur-ansur.
Tonton video ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai apa itu buasir, golongan-golongan yang berisiko, gejala buasir, bagaimana merawat buasir secara konservatif dan apakah pilihan rawatan lain.
ย
Yang paling penting adalah terdapat beberapa soal jawab pada akhirnya termasuknya adakah rawatan laser sesuai untuk buasir terkeluar, bagaimana merawat buasir yang baru wujud dll.