Hemmorhoid atau lebih dikenali sebagai buasir merupakan penyakit yang sering menjadi sasaran kepada golongan lelaki.
Ia berpunca daripada beberapa faktor, termasuk mengangkat barang berat yang memberi tekanan di bahagian pinggang ke bawah.
Menurut Pakar Bedah Hospital Columbia Asia, Dr Khairul Izan Mohd Ghani, terdapat faktor lain yang turut menjadi punca yang tidak disedari iaitu duduk terlalu lama di “tandas duduk” sambil bermain telefon bimbit, tidak kira lelaki atau wanita.
“Ini yang biasa dilakukan oleh ramai orang, iaitu duduk di tandas duduk dengan begitu lama, sambil bermain telefon bimbit, ini juga menjadi punca berlakunya buasir, ramai yang tidak tahu perkara ini.
“Jadi selepas ini perlu lebih berhati-hati,” katanya kepada FMT.