berak Najis berdarah pengalaman
berak Najis berdarah pengalaman
berak Najis berdarah pengalaman
Masyarakat adakala malu atau segan untuk membincangkan topik yang berkaitan dengan najis. Bagi sesetengah golongan, isu ini adalah rahsia dan tidak patut dikongsikan bersama.
Jangan rasa segan atau geli-geli nak lihat najis sendiri. Berak /Najis berdarah berkemungkinan adalah tanda pesakit mengalami masalah usus atau dubur.
Berak/Najis berdarah (Rectal Bleeding) adalah pengalaman yang membimbangkan. Pendarahan mungkin disebabkan daripada usus besar atau dubur. Gejala najis berdarah berkemungkinan disebabkan oleh penyakit seperti buasir, ‘anal fissure’ (luka pada dubur), keradangan usus besar (colitis), kanser usus ataupun sebab-sebab yang lain.
Kejadian pendarahan yang berdekatan dengan bahagian dubur selalunya berbentuk warna merah terang, manakala pendarahan yang berlaku di bahagian atas usus seperti di “cecum”, usus besar dan rektum boleh menyebabkan najis berwarna lebih gelap iaitu warna coklat atau hitam.
Masalah najis berdarah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin adalah tanda penyakit usus yang merbahaya seperti kanser usus. Mendapatkan rawatan awal untuk kanser usus adalah penting untuk penyembuhan sepenuhnya.
Jangan membuat rawatan sendiri, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mandapatkan nasihat yang sewajarnya.
𝐄𝐧𝐝 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐩𝐨𝐬𝐭: 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐡𝐚𝐞𝐦𝐨𝐫𝐫𝐡𝐨𝐢𝐝𝐬 𝐠𝐨 𝐚𝐰𝐚𝐲 𝐛𝐲 𝐢𝐭𝐬𝐞𝐥𝐟?
Yes, for small or low-grade haemorrhoids, provided you have adopted a healthy diet and lifestyle. However, it will happen again in the future if the diet and lifestyle changes are not properly maintained.
No, for bigger and severe haemorrhoids. Relieving your haemorrhoids permanently will be your main objective.
WSM Medic
Pembedahan Buasir: Perbezaan Antara Rawatan Stapler Dan Laser Buasir
Apakah buasir?
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Manakala buasir dibahagikan kepada 4 tahap:
Tahap 1: Buasir masih berada dalam bahagian dalam dubur
Tahap 2: Buasir terkeluar (prolaps / unjuran) semasa meneran tetapi boleh surut dengan sendirinya
Tahap 3: Buasir terkeluar (prolaps / unjuran) tetapi boleh dimasukkan Kembali
Tahap 4: Buasir terkeluar (prolaps / unjuran) yang tidak dapat dikembalikan dan salur darah yang berketul-ketul akibat “thrombosis”.
Pada peringkat awal buasir, doktor seringkali merawat pesakit dengan rawatan secara konservatif seperti perubahan gaya hidup, pemakanan dan juga ubat-ubatan akan diberikan kepada pesakit. Manakala sekiranya pesakit mengalami sakit buasir pada tahap yang menyakitkan sehingga menggangu aktiviti harian anda, doktor akan mengesyorkan anda untuk menjalani pembedahan. Terdapat beberapa pilihan pembedahan bagi merawat buasir, antaranya adalah rawatan secara Laser dan Stapler.
Rawatan Stapler
Rawatan Laser Buasir
Sekiranya anda diberi pilihan/anda sedang mencari pilihan untuk merawat buasir dengan kaedah Laser atau pembedahan Stapler, berikut adalah perbezaan yang perlu anda ketahui sebelum anda membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan.
Rawatan Stapler
✅ Stapler khas akan dimasukkan ke dalam dubur dan hendaklah berada pada kedudukan betul agar ia stabil.
✅ Pakar perubatan juga akan menjahit pada sekeliling dubur pesakit, dan agar ia kekal stabil bagi memastikan tisu buasir yang tinggal kekal pada kedudukannya dan tidak terkeluar lagi. Kemudian stapler khas yang berbentuk bulat akan dilepaskan.
✅ Kemudian lebihan tisu buasir akan dikeluarkan selepas pakar melepaskan/”stapler” pada Kawasan tersebut.
✅ Pemotongan buasir dilakukan secara bulatan (circumferential), manakala bahagian rektum yang dipotong akan dicantumkan semula menggunakan stapler titanium.
Rawatan Laser Buasir
✅ Fiber laser yang halus dimasukkan ke dalam buasir (bahagian tengah).
✅ Buasir akan dikecutkan dari dalam oleh tenaga laser tersebut dalam keadaan yang terkawal. Bekalan darah ke buasir yang membesar akan terputus.
✅ Hasil dari rawatan laser ini, buasir akan kecut dan perlahan-lahan menyusut.
✅ Pengecutan tisu buasir, tiada pemotongan menyeluruh.
✅ Mengekalkan dan membina semula struktur anatomi yang asal.
✅ Kurang rasa sakit, kurang pendarahan berlaku, tidak mengambil masa yang lama.
✅ Itu antara kelebihan prosedur laser bagi pesakit buasir.
✅ Selesai dalam tempoh 30 minit.
✅ Tempoh pemulihan pesakit yang singkat.
✅ Pesakit dibenarkan pulang pada hari yang sama tanpa perlu bermalam di hospital.
✅ Risiko buasir terjadi kembali sangat tipis.
Buatlah pilihan yang bijak. Sekiranya anda masih ragu-ragu tentang rawatan laser buasir ini, sila hubungi kami. Tonton video dibawah untuk mengetahui maklumat lanjut.
Play Video about Malaysia Laser Haemorrhoids Treatment